Monday 16 February 2015

Mr. Perfect 10%

Assalamualaikum..

Siapa yang pernah tengok atau baca buku mr.perfect 10% angkat tangan. tapi sila cover sikit ketiak memasing walaupun miza tahu semua mesti excited kan. jadi kalau dah baca atau tengok mesti dah tau mr.prefect ni macam mana kan.



kebanyakkan yang prefect nie terlalu mementingkan kesempurnaan dan ada satu sifat tambahan. golongan ini kadang kala mempunyai sifat panas baran yang sangat tinggi. bukan semua tapi sebilangannya begitu. ada juga yang begitu pantang untuk bagi orang lain sentuh barang mereka. betul tak! kerana mr.prefect nie ada rumah tangga yang dibina 10 tahun musnah. gara-gara terlalu perfect sampaikan anak-anak pun kena tempiasnya.

walaubagaimanapun tak semua semua mr.prefect nie teruk tahu. WHY! sebabnya suami miza pun jenis mr.prefect. HAHAHAHAHA!!! mesti ingat miza buat ceritakan. sebenarnya waktu cintan-cintun tak perasan pun suami miza nie daripada salah seorang mr.prefect. Lepas kahwin baru ler perasan yang suami miza nie mr.prefect tapi alhamdulillah prefect nya tak melampau lagi. Cuma rumah kena  kemas, susun atur barang kena teratur mengikut cara dia dan cara lipatan pun kena ikut cara dia. Hah! jadi bab melipat baju dan kemas rumah miza bagi pada suami miza. senang keje akak! HAHAHA!!! miza bukan suka pun melipat baju nie. Leceh tau nak iron baju pun tak suka. tua. Itu yang miza duk hari-hari racun fikiran suami pergi beli iron steam Q.. huhuhu..

kiranya suami miza ni pelengkap pada kekurangan miza. tapi yang tak boleh blahnya, miza pun dah jadi macam dia. mungkin yang bagusnya miza dah makin rajin dan selalu bangun awal. ok nak kembang sat. huhuhu. Jadi yang penting tak kira la mr.prefect ke tak, kalau dah jodoh kita terima ajalah. banyakkan bersabar dan belajar bertolak ansur. jangan sorang je yang mengalah. tue yang sat lagi jadi gunung berapi meletus. lelaki belajar macam mana Nabi Muhammad S.A.W mengajar dan mendidik isteri mereka. Para isteri pulak belajar daripada contoh serikandi islam dalam pertahankan agama dan pada masa yang sama dalam rumah tangga dan juga mendidik anak. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA!


No comments:

Post a Comment