Friday 13 February 2015

Go Shop ada masalah?

Assalamualaikum..


semalam duk buka faceboo terbaca pulak status daripada abg ben duk update yang ada rakan blogger lain terkono dengan Go Shop. Ala Go Shop yang ada tagline dia ada media elektronik boleh beli! hahahaha.. ok yang media elektronik tue miza reka malas nak taip bebanyak.Siaran nombor berapa, tekan sahaja ch118.. ha kau siap promote sekali. kalau korang nak tahu kisah blogger yang terkena tue tekan sini.

setakat miza jadi pembeli Go Shop ok lagi tiada masalah dan barang yang digunakan masih lagi elok dan berkualiti. bukan apa dah ada desas-desus yang mengatakan ada barang daripada Go Shop yang tidak berkualiti. miza bayar guna cash on delivery, malas nak bayar pakai kad bagai.

dan satu lagi masalah adalah kesilapan dalam penghantaraan barang. sedia maklum Gdex menjadi penghantar kepada barang Go Shop dan memang kebetulan suami miza kerja di Gdex. Dia bagitahu segala kesilapan barang yang dipos tiada kena mengena dengan mereka sebab barang tersebut telah dibungkus dan mereka sendiri pun tak tahu apa isi dalam bungkusan.

mengenai penghantaran barang yang dok cakap dia ada kat umah tapi Gdex kata takda. mungkin time tue kita dalam tandas tak dengar pulak orang tekan loceng atau bagi salam. Ataupun rumah korang tue kalis bunyi, tak dengar langsung orang bagi salam. hehehehe ok miza gurau dan jangan marah semua..

cuma miza nak komen yang pasal duk terima panggilan nie. dah la cakapnya macam dalam kelambu, lepas tue boleh pulak  jadi kurang pendengaran pulak. alamak sayang akak call guna kredit sayang dah habis tak dapat nak beli dah. nasib ler kredit telefon suami akak banyak lagi time tue. dan miza harap pihak Go Shop tingkatkan lagi dalam QA dan juga bahagian penghantaraan barang. Lagi satu panggilan tue cakap biar terang dan jelas.



ini la barang miza duk order.. hahaha
tue pun ada niat lagi nak beli barang lain..
harap tak da masalah macam yang lain kena..



No comments:

Post a Comment