Tuesday 17 February 2015

Gincu plumbum

Assalamualaikum..

Hari ini saja asyik baca entri pasal gincu anda mengandungi plumbum atau tidak? Mula-mula pandang sebelah mata saja. Tapi dah ramai sangat post maka terdetik di hati nak test gincu yang miza pakai ni ada plumbum atau tidak.

Sebenarnya ada sejarah sikit pasal gincu ni. waktu miza dalam umur 8 atau 9 tahun macam tu. Miza dengan akak selalu main make up ni. Kekadang berlawan siapa lagi pandai make up. Biasalah time tue semua benda nak rasa. Maka miza dengan akak guna satu jenama gincu ni yang miza rasa satu malaysia tahu jenama besar ni. Time tu mak miza tersalah beli maka kami adik beradik berani la nak pakai. Sekali akak miza tepek kat bibir miza dan tak sampai seminit bibir dah terasa panas. Cepat-cepat masuk bilik air pi basuh. Dah tanggal tapi bibir miza dulu mulus sudah jadi gelap sedikit.

Sejak dari hari tu miza cuma berani pakai lipbalm je. Huhuhuhu! Dah kerja ni baru la berani nak pakai. Tu pun dah tak kesah sebab bibir dah jadi gelap. Cuma masih berhati-hati sikit. Jadi miza test gincu yang miza pakai sekarang.  Jenama REVLON super lustrous creme 725. miza calit dekat tangan sikit. Kemudian gosok dengan emas. Alhamdulillah, hasilnya selamat sikit. Hahahaha!!!


 Nak habaq sat kat tempat gosok tu ada parut. 
tu nampak gelap sikit kat tempat gosok.

Monday 16 February 2015

Bila mula berjimat

Assalamualaikum..

sedia maklum semua aeh! gaji RM3500 tue dah kira miskin bandar tau. So, kalau dah campur gaji laki bini dapat RM2500 nak panggil miskin apa aek? Kalau duk kampung dah shopping sakan dah kalau gaji banyak nie. Tapi duk bandar besar semua kena catu.



Alhamdulillah , rumah sewa miza depan rumah mak mentua je. Jadi nak hantar anak ke rumah mak mentua tak guna minyak. Kaki jalan je dan makan pun dekat rumah MIL sementara tunggu cik suami balik dari kerja. Jadi dah jimat lagi kat situ, MIL dah masak banyak tau. Kalau tak makan rugi dan membazir je.

Maka setiap kali nak beli barang rumah hanya lah yang penting sahaja. Semua kena buat list, mana yang tak penting akan K.I.V. Tapi yang tak syok nya dalam plan berjimat family miza nie bila cik suami tak pandai nak tawar harga. Mau nangis bila beli barang dengan dia tahu. Dengar harga macam tue terus setuju. Kalau boleh kurang miza sedaya upaya akan mintak kurangkan harga. Yelah bila nanti pergi kedai lain dengar harga lagi rendah, dah ko duk gigit jari.

Lagi satu, dalam bab beli barang rumah yang miza kira agak mahal macam peti ais, mesin basuh atau TV. kami akan buat bajet kemudian akan beli satu bulan satu barang. Mungkin ramai yang fikir boleh beli yang second hand atau yang murah. Bagi miza barang sebegini biar mahal asalkan penggunaannya lama dan yang penting ada waranti. Jadi bila berjimat biar untuk masa panjang bukan untuk masa pendek sahaja.

Bila beli barang keperluan yang lain seperti baju atau perkara sampingan. Miza akan cuba beli time Big Sale atau buat Festival. Sebab time tue harga barangan akan turun sampai 80%.


Mr. Perfect 10%

Assalamualaikum..

Siapa yang pernah tengok atau baca buku mr.perfect 10% angkat tangan. tapi sila cover sikit ketiak memasing walaupun miza tahu semua mesti excited kan. jadi kalau dah baca atau tengok mesti dah tau mr.prefect ni macam mana kan.



kebanyakkan yang prefect nie terlalu mementingkan kesempurnaan dan ada satu sifat tambahan. golongan ini kadang kala mempunyai sifat panas baran yang sangat tinggi. bukan semua tapi sebilangannya begitu. ada juga yang begitu pantang untuk bagi orang lain sentuh barang mereka. betul tak! kerana mr.prefect nie ada rumah tangga yang dibina 10 tahun musnah. gara-gara terlalu perfect sampaikan anak-anak pun kena tempiasnya.

walaubagaimanapun tak semua semua mr.prefect nie teruk tahu. WHY! sebabnya suami miza pun jenis mr.prefect. HAHAHAHAHA!!! mesti ingat miza buat ceritakan. sebenarnya waktu cintan-cintun tak perasan pun suami miza nie daripada salah seorang mr.prefect. Lepas kahwin baru ler perasan yang suami miza nie mr.prefect tapi alhamdulillah prefect nya tak melampau lagi. Cuma rumah kena  kemas, susun atur barang kena teratur mengikut cara dia dan cara lipatan pun kena ikut cara dia. Hah! jadi bab melipat baju dan kemas rumah miza bagi pada suami miza. senang keje akak! HAHAHA!!! miza bukan suka pun melipat baju nie. Leceh tau nak iron baju pun tak suka. tua. Itu yang miza duk hari-hari racun fikiran suami pergi beli iron steam Q.. huhuhu..

kiranya suami miza ni pelengkap pada kekurangan miza. tapi yang tak boleh blahnya, miza pun dah jadi macam dia. mungkin yang bagusnya miza dah makin rajin dan selalu bangun awal. ok nak kembang sat. huhuhu. Jadi yang penting tak kira la mr.prefect ke tak, kalau dah jodoh kita terima ajalah. banyakkan bersabar dan belajar bertolak ansur. jangan sorang je yang mengalah. tue yang sat lagi jadi gunung berapi meletus. lelaki belajar macam mana Nabi Muhammad S.A.W mengajar dan mendidik isteri mereka. Para isteri pulak belajar daripada contoh serikandi islam dalam pertahankan agama dan pada masa yang sama dalam rumah tangga dan juga mendidik anak. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA!


Friday 13 February 2015

Go Shop ada masalah?

Assalamualaikum..


semalam duk buka faceboo terbaca pulak status daripada abg ben duk update yang ada rakan blogger lain terkono dengan Go Shop. Ala Go Shop yang ada tagline dia ada media elektronik boleh beli! hahahaha.. ok yang media elektronik tue miza reka malas nak taip bebanyak.Siaran nombor berapa, tekan sahaja ch118.. ha kau siap promote sekali. kalau korang nak tahu kisah blogger yang terkena tue tekan sini.

setakat miza jadi pembeli Go Shop ok lagi tiada masalah dan barang yang digunakan masih lagi elok dan berkualiti. bukan apa dah ada desas-desus yang mengatakan ada barang daripada Go Shop yang tidak berkualiti. miza bayar guna cash on delivery, malas nak bayar pakai kad bagai.

dan satu lagi masalah adalah kesilapan dalam penghantaraan barang. sedia maklum Gdex menjadi penghantar kepada barang Go Shop dan memang kebetulan suami miza kerja di Gdex. Dia bagitahu segala kesilapan barang yang dipos tiada kena mengena dengan mereka sebab barang tersebut telah dibungkus dan mereka sendiri pun tak tahu apa isi dalam bungkusan.

mengenai penghantaran barang yang dok cakap dia ada kat umah tapi Gdex kata takda. mungkin time tue kita dalam tandas tak dengar pulak orang tekan loceng atau bagi salam. Ataupun rumah korang tue kalis bunyi, tak dengar langsung orang bagi salam. hehehehe ok miza gurau dan jangan marah semua..

cuma miza nak komen yang pasal duk terima panggilan nie. dah la cakapnya macam dalam kelambu, lepas tue boleh pulak  jadi kurang pendengaran pulak. alamak sayang akak call guna kredit sayang dah habis tak dapat nak beli dah. nasib ler kredit telefon suami akak banyak lagi time tue. dan miza harap pihak Go Shop tingkatkan lagi dalam QA dan juga bahagian penghantaraan barang. Lagi satu panggilan tue cakap biar terang dan jelas.



ini la barang miza duk order.. hahaha
tue pun ada niat lagi nak beli barang lain..
harap tak da masalah macam yang lain kena..



Make up tutorial untuk asian face

Assalamualaikum..

mungkin miza tak pakai sangat make up, yolah jagaan muka pun tak pakai. habis kuat miza pakai sabun pencuci muka je. bila keluar p kenduri atau mall, jenjalan sekejap dengan suami dan anak. miza hanya pakai lipstik warna merah terang mak ngah dari REVLON. kalau tetiba rajin miza pakai la sikit maskara (jenama dah lupa tapi dari korea dan sedikit eyeliner dari elianto.

miza rasa mungkin ramai dah tengok video tuk makeup tutorial yang ini. mungkin ini sesuai untuk wajah asian sebab yang buat tutorial ini pun dari asian juga. so mana yang tengah duk cari gaya or cara makeup yang sesuai nak pegi jumpa bakal mak mentua ke, kenduri kahwin or majlis yang glam gitu tanpa perlu keluar duit.

jadi pegi youtube dan search ANA VICTORINO dari filipina. Jangan terkejut tengok muka dia, nampak saja muda tapi usianya sahaja sudah 22 tahun OK!





Thursday 12 February 2015

AL-Fatihah



Assalamulaikum..

Semalam sahaja miza mendengar berita tentang pemergian 
dua orang tokoh yang miza kagumi

Al-fatihah


buat

Allahyarham Nik Aziz Nik Mat
serta 
Allahyarham Hasbullah Awang

semoga mereka sentiasa dicurahi rahmat serta pengampunan dariNya
Amin


Nik Aziz Nik Mat



Hasbullah Awang

Wednesday 11 February 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


Assalamualaikum

ha!! nampak tajuk kat atas tue. pucuk dicita ulam mendatang, betul ke pepatah miza nie. tibai je duk taip. hahaha!!! sebelum nie miza ada post pasal Nile nie.. tup..tup..tup nampak plak contest nie.. join jela! kalau dapat rezeki ler jawab nya. hilang sikit la meroyan miza nak bershopping kat Nile..


Jadi ini semua barangan yang miza nak dalam harga RM150 




Men Bag/ Lady Bag : RM 36.40








Total : RM 52.90 + RM 36.40 + RM 22.20 + RM 28.90 + RM 6.30 = RM 146.70

Tengok dalam RM 150 macam-macam boleh dapat kat Nile dan kalau nak join buat macam miza buat kat atas kemudian email pada give_away@nile.com.my .. dekat subject letak CNY GIVEAWAY 2015

Link blog:
Nama Penuh:
No. Telefon:

kalau nak result just tekan sini .. selamat mencuba semua ..