Monday 16 February 2015

Bila mula berjimat

Assalamualaikum..

sedia maklum semua aeh! gaji RM3500 tue dah kira miskin bandar tau. So, kalau dah campur gaji laki bini dapat RM2500 nak panggil miskin apa aek? Kalau duk kampung dah shopping sakan dah kalau gaji banyak nie. Tapi duk bandar besar semua kena catu.



Alhamdulillah , rumah sewa miza depan rumah mak mentua je. Jadi nak hantar anak ke rumah mak mentua tak guna minyak. Kaki jalan je dan makan pun dekat rumah MIL sementara tunggu cik suami balik dari kerja. Jadi dah jimat lagi kat situ, MIL dah masak banyak tau. Kalau tak makan rugi dan membazir je.

Maka setiap kali nak beli barang rumah hanya lah yang penting sahaja. Semua kena buat list, mana yang tak penting akan K.I.V. Tapi yang tak syok nya dalam plan berjimat family miza nie bila cik suami tak pandai nak tawar harga. Mau nangis bila beli barang dengan dia tahu. Dengar harga macam tue terus setuju. Kalau boleh kurang miza sedaya upaya akan mintak kurangkan harga. Yelah bila nanti pergi kedai lain dengar harga lagi rendah, dah ko duk gigit jari.

Lagi satu, dalam bab beli barang rumah yang miza kira agak mahal macam peti ais, mesin basuh atau TV. kami akan buat bajet kemudian akan beli satu bulan satu barang. Mungkin ramai yang fikir boleh beli yang second hand atau yang murah. Bagi miza barang sebegini biar mahal asalkan penggunaannya lama dan yang penting ada waranti. Jadi bila berjimat biar untuk masa panjang bukan untuk masa pendek sahaja.

Bila beli barang keperluan yang lain seperti baju atau perkara sampingan. Miza akan cuba beli time Big Sale atau buat Festival. Sebab time tue harga barangan akan turun sampai 80%.


No comments:

Post a Comment