Thursday 8 January 2015

Banjir melanda

Assalamualaikum..

Banjir mungkin dah surut bagi beberapa tempat kat pantai timur dan juga utara.. tapi kesan yang ditinggalkan amat mendalam bagi sesetengah pihak.. kampung juga miza termasuk dalam kawasan banjir.. tapi keluarga miza bernasib baik sebab masih di paras tanah tinggi..

Kampung miza terputus sekejap dengan tempat luar selama beberapa hari.. nak masuk pun terpaksa guna bot yang di sediakan.. my mom antara yang menjadi sukarelawan.. kena tolong sebab kebanyakkan yang kena adalah saudara mara mak miza jugak..

Alhamdulillah.. bantuan sampai dan semuanya dapat.. tapi yang tak berapa nak sedapnya jalan kampung menghubung kampung lain rosak teruk.. miza tak sure jalan kampung lama masih elok digunakan lagi atau tidak..


jambatan yang menghubung ke kampung aur gading..

pakcik nie menangis teringat rumah dia..pakcik nie sorang diri je tinggal kat umah.. memang takde anak bini..

nie pulak gambar daripada sepupu miza yang duduk temerloh

sesiapa yang nak barang murah boleh datang pantai timur.. bukan saja dapat barang murah malah dapat mengurangkan beban mereka semua..

sesiapa nak bantu boleh la menderma dari segi makanan, pakaian sekolah, dan alatan sekolah.. dan juga beberapa barang keperluan harian yang lain dan yang penting pakaian untuk ibadah dan Al-Quran.. bukan bagi pada miza tapi bagi pada badan kerajaan atau badan NGO yang boleh dipercayai..


Tuesday 6 January 2015

Assalamulaikum

Sempena tahun baru maka azam pun baru.. bukan selalu tukar azam baru.. hahaha cuma tahun ini sahaja yang baru.. azam untuk tahun ini adalah permulaan yang baru.. maka semua perkara di reset kan kembali.. kita bermula dengan kosong-kosong.. tapi bukan bermakna suami dan isteri pun baru tau.. tue dah jadi citer lain pulak..

Disebabkan dah reset semula.. maka blog pun baru.. yang lama masih ada lagi kottttt.. miza cuma nak tunjuk sisi matang sedikit.. yang selama ni agak kebudakkan (still masih ada).. yelah miza dah pun nak masuk stage 30 (masih jauh lagi).. plus miza dah ada anak lagi.. hahaha masih tak percaya ada anak kau...

Lagipun bila miza tengok blogger yang sama umur dengan miza nampak sangat matangnya.. in fact yang muda pun nampak lagi jauh matang dan berkeyakinan daripada miza.. malu cheq tauuuu..

Jadi dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM.. Maka bermula episod baru bagi mizakarim89.blogspot.com